Proudly mom of 5! (Boboiboy KUASA 5)
Saya besarkan mereka bukan mudah, sebab itu saya dan suami perlukan ruang yang luas buat mereka. Kami tidak memilih kawasan bandar dan kalau boleh mahu tinggal di kampung yang boleh jalan kaki pergi sungai memancing, boleh main guli, baling selipar, boleh main tanah main hujan tanpa halangan. Saya tinggal berasingan dari keluarga kerana saya suka suasana anak yang riuh dan mereka bermain seronok dirumah yang tanpa TV. Saya memilih perniagaan sejak dari 2010 lagi, saya adalah calon akhir penerima scholarship PUNB waktu itu. Cumanya disebabkan saya mengandung mereka tidak boleh benarkan saya sertai program kerana bimbang kesihatan saya terganggu. Saya pernah bekerja semula pada 2011 berbekal ilmu sebagai Jurutera Teknikal pada 2009. Pengalaman memudahkan saya biarpun hanya saya perempuan dalam department saya ketika itu. Saya ingat lagi semasa interview mereka soal saya tahu baca drawing saya hanya gelak sahaja didalam hati. Saya memang tidak pandai berbahasa Inggeris sangat (pernah deng...