Kenapa pilih Young Living?

Rubi kongsi balik kenapa Rubi suka Young Living. 

Mula mula dulu Rubi beli bukan untuk bisnes tau, Rubi mahu tengok anak anak Rubi sihat sahaja dan susah hati kalau tiba-tiba kena warded, tidur tidak lena, kalau semput lagilah, tengah tengah malam paksa suami pergi klinik. Takut sangat. 

Itulah yang memang beli dengan tutup mata sahaja, kalau untuk orang bekerja memang mungkin mudah sahajakan mahu beli itu ini tetapi Rubi memang berkira-kira. Cari duit lebih baking dan sanggup buat kerja lebih sebab mahu kumpul duit. Penat juga kalau ikutkan, tetapi terbalas dan rasa berbaloi bila semua minyak sampai. 

Selepas beli Rubi ingat putuslah hubungan dengan orang atas yang enroll kita, sebab risau kalau disuruhnya beli lagi lagi, aku tiada duit banyak mahu sambung beli tiap bulan pula. Mahu join group pun Rubi awalnya join satu group sahaja sampailah bila anak anak demam balik dan semput. Mereka suggest masuk group besar Telegram, malas juga sebab jarang buka telegram. Masuk juga sebab membantu info dalam group memang rajin semua jawab kalau kita tanya. Selepas ada buku EOPR jarang sikit tanya tanya orang menang explore sendiri. 

Dua tiga bulan guna lavender pula habis, lemon habis sebab memang kerap buat Allergy Protocol semua kan. Jadinya memang mustahil kalau tidak beli lagi mahu anak betul betul ok kena guna konsisten walaupun mahu berjimat tetap guna, rajin Rubi dilute semua yang selalu guna bagi mudah mahu guna dalam roller bottle. Jadinya mahu terus beli kenalah kerja keras lagi, jual kek lagi banyak dan macam macam Rubi buat. Siap join buka booth lagi, penat jangan cerita lah sampai satu hari itu saya terpaksa stop beli dan sabar walaupun ada juga minyak yang selalu guna sudah habis terus. Siap minta sikit minyak adik (jarang guna penuh lagi botolnya). 

Semasa itu saya down sangat dan terasa sangat penat, menangis masa mesej Fatin. Disitulah mulanya Fatin minta tolong Kesten (Gold Leader). Kebetulan agaknya sudah tertulis jodoh ingin berjumpa sangat walaupun perasan waktu macam serabut sikit. Kesten bukan marah pun, tiada paksaan pun cuma saya sendiri marah dengan diri sendiri sebab ada masalah mahu bercakap dengan orang. 

Kebetulan lagi sekali Rubi plan untuk buat sharing dirumah dengan Fatin tetapi Fatin tidak boleh datang tetapi minta juga kotak minyak Fatin (buat tebal muka juga pinjam). Betul betul pula masa ini juga rasanya Sabtu terakhir before Kawalan Pergerakan ya, betapa bertimpa timpa halangan dan cubaan. Tetapi Rubi berjaya yang buat sharing tersebut. Alhamdulillah. 

Selepas itu PKP kan, terus rasa macamana mahu buat sharing offline. Kebetulan pula YLPR (lupa daftar Host perrgggh macam berani). Plan nya memang mahu join atau minta tolong Fatin tidak sangka PKP lah kiranya. Padan muka kepada diri sendiri. Jadinya apa yang Rubi buat pujuk sahabat paling dekat dalam rumah sendiri, suami saya sendiri untuk teman. Sharing ini sahaja pun Rubi ambil masa sehari untuk siapkan, live dan buat balik dengan record video. Malam selepas sharing ada seorang jiran mesej mahu Premium Starter Kit. Best semasa YLPR ada dapat free Abundance. Saya mahu yang itu sebenarnya hihi jeles la juga new builder yang dapat. Apabila semua yang kita lakukan membuahkan hasil lagi seronok mahu ulang lagikan. 

Rubi terus plan buat sharing melalui FB setiap hari. Tidak kira berapa hari sudah sharingnya tetapi Rubi nampak keyakinan meningkat dan Rubi makin positif. 

Young Living memang satu syarikat yang tidak hanya mengutamakan profit mereka lebih suka kita belajar dan educate orang ramai. Dan company yang sangat bagus dalam menjaga compliant, memang kita tidak digalakkan untuk claim boleh baikkan specifik penyakit. Bukan boleh suka hati jual melalui website. Mahu beli perlu melalui distributor sah supaya kami boleh ajar do and don't, cara guna, banyak lagi boleh kongsi dan hubungan kita tidak terputus sama ada anda plan atau tidak untuk bisnes, anda masih pengguna tegar, masih boleh tanya. 

Young Living juga tidak memaksa sama ada kita mahu bisnes atau tidak, kita boleh beli sendiri melalui website Young Living tanpa orang tengah. Tidak perlu simpan stock banyak dirumah. Jika ada yang mahu boleh order dari website terus dan arrange pos ke rumah customer. Tidak perlu susah susah keluar ke pejabat pos. Bila sedia mahu jual ada kawan tanya kita terus orderkan. Sambil sambil kita ajak juga kalau kawan mahu beli sendiri lagi untuk sebab dapat harga member 24% harga lagi murah. 

Rubi suka sekali cara macam mana mereka sangat menghargai tumbuhan dan cara perjagaan tumbuhan pun, betul betul kena dengan Rubi yang organik dan alami. Mungkin Rubi cerewet sebab anak Rubi ekzema, sabun anak sahaja pun semua kena pilih yang organik tiada buih. Cuci baju pun memilih mahu beli yang tidak harm anak. 

Dan dengan Young Living juga mereka ajar benda sama yang Rubi amalkan iaitu penjagaan pemakanan, andai kata risau itu ini ada oil untuk itu. Bukan setakat emosi, kesihatan, penjagaan kulit itu ini semua. Yang penting selamat sekali untuk anak ekzema. 

Rubi rasa cukup setakat ini dahulu, 
jika ada dikalangan anda jual barang mesti kena kenal dan guna dahulu, kita tiada yuran keahlian kerana dengan investment RM750 itu wajib guna habis baik oil itu supaya kita sendiri dapat rasa sendiri. Rubi memang explore setiap minyak dengan seronok baru Rubi boleh kongsi. Sejenis tidak pandai promote barang yang belum pernah guna. Mahu cakap bagus pun susah kalau belum guna. 

Sesiapa mahu tanya Rubi lebih, boleh terus mesej Rubi.

Comments

Popular posts from this blog

Big Why? Why?

8 Reasons Lavender Oil is Still Our Favorite | Lavender Oil Uses

Anas kena attach lagi! Cemas