Anas kena attach lagi! Cemas
Petang 10 November 2019 Rubi minta Anas mandi rasanya dalam jam 6.30petang lebih kurang. Tapi entah teralpa sekejap Anas makan sorok sorok 'popia nestum'. Bukan salah popia itu memang sudah pesan Anas 'Anas tak boleh makan tau'. Dan Anas jawab okeh walaupun pada mulanya dia cakap 'nak makan ni'.
Beberapa saat sahaja lepas makan Anas batuk batuk tidak berhenti. Tanya Anas, tapi biasa jawapan dia Anas tidak makan apa pun. Aku cemas juga sebab lama Anas tidak kena kan jadi mesti ada benda yang trigger baru boleh jadi. Tidak puas hati Rubi ajak Anas mandi. Anas 'meh ummi mandikan'. Semasa dalam toilet berkali-kali Anas macam mahu muntah tapi tidak berjaya. Rubi terpaksa slow talk balik Anas cakap lah makan apa supaya lain kali tidak jadi lagi. Bahaya tau sebab Anas tidak boleh bernafas.
Anas nampak lain sangat tau muka dia bengkak tiba tiba dan muka pucat juga dan suhu badan terus naik. Panas badan dia. Dua je Rubi apply allergy protocol dengan R.C. sebab Rubi memang tengah kelam kabut masa tu sampai tertumpah tumpah minyak sebab mengigil tangan mahu sapu dekat Anas. Rubi paksa Anas inhale R.C dan minta tarik nafas dalam. Risaukan takut oksigen tidak sampai ke otak sebab masa Anas gatal sangat tu mata dia asyik tengok ke atas sahaja.
Dalam beberapa selang minit Rubi sapu sahaja R.C dan Allergy Protocol sebab risau sangat. Dalam 30 minit macam itu baru Anas kata 'Ummi Anas boleh bernafas dah ni'. Lega walaupun muka dan badan masih panas. Rubi kata cakap 'Alhamdulillah Anas sebab sudah baik'.
Malam tu ada maulid di surau Anas memang mahu ikut Abi pergi tapi tiba tiba Abi kata tak perlu ikut. Dia macam sedih juga sebab Anas tunggu Abi balik sebab mahu pergi dari petang tadi lagi. Rubi pun terus babywearing Aryan dan cakap jom jom ummi jaga Anas. Jom kita pergi surau.
Dekat surau Anas alhamdulillah ok tapi dua kali pergi toilet mungkin sebab mahu keluarkan panas badan. Dari tadi minta minum makan pun dia macam takut. Minum air kosong dan buah sahaja. Balik surau Anas nampak bertambah baik dan boleh tidur walaupun masih ada rasa gatal.
Rubi mahu cerita sikit berkenaan allergy protocol. Resipi yang Rubi share disini jika anda gunakan roller bottle tetapi kalau ikutkan lagi elok buat layering satu satu minyak tu, sapu Lavender dua minit baru sapu Lemon, tunggu dua minit baru sapu Peppermint. Untuk kesan yang lebih baik ulang protocol selang 30 minit.
Allergy protocol ini memang sesuai jika digunakan semasa alahan dan badan panas.
Untuk bayi bawah dua tahun seeloknya dicairkan dengan V6 vegetable oils.
Essential Oils yang Rubi guna untuk mengatasi Alahan:
Peppermint RM131.50
Lavender RM144.00
Lemon RM67.50
R.C RM137.50
V-6™ Vegetable Oil Complex RM129.50
Be a Member to enjoy the benefit and offers.


Comments
Post a Comment