Big Why? Why?
Assalamualaikum,
Selepas beberapa tahun saya mendiamkan diri ini kali pertama saya menjawab persoalan kenapa saya berhenti bekerja dan mengambil keputusan drastik untuk menjadi surirumah sepenuh masa.
Sebagai manusia biasa sebenarnya saya amatlah tersinggung dengan kata kata anda yang bertanya seolah-olah kami yang menjadi surirumah ini tiada langsung pendapatan dan mungkin anda memperlekeh kami dengan sindiran atau mungkin pada anda ianya tidak menyingung perasaan kami.
"Eh, sayang lahhhh tak kerja"
"Laaa ramai je jurutera dekat tempat saya perempuan, ok je dorang"
Untuk kata kata diatas saya senyum sahaja. Terima kasih diatas komen anda yang saya tidak minta dan tidak dibayar tersebut.
Walaupun saya senyum ia adalah untuk jaga hati dan mulut saya.
Saya tidak sempat fikir untuk bekerja pun sebab semasa saya berhenti fokus saya memang pada anak dan keluarga saya sepenuhnya.
PERTAMA
Banyak sangat ke kerja jaga anak ni,
Pagi pagi saya akan sediakan sarapan dan bekal mereka untuk ke sekolah. Sementara dua anak yang bersekolah saya akan buat kerja rumah biasa macam ibu ibu lain juga masak, kemas rumah, basuh lipat baju, bla bla bla.
Kemudian kalau awak mungkin upah bas ambil anak awak, saya pula akan ambil sendiri anak saya dari sekolah dan tunggu anak depan sekolah.
Awak mungkin akan hantar anak ke taska atau transit anak dimana-mana kan sebab awak kerja, saya pula akan ambil mereka terus ke rumah dan pastikan mereka tidur dan makan petang bersama.
Awak mungkin akan berada dijalan raya pada jam 6, namun saya akan mengajar anak saya mengaji dan membuat kerja sekolah. Saya tidak hantar anak untuk tuisyen pun memang saya sahaja cikgu mereka.
Awak mungkin tiada masa dan penat selepas balik kerja, saya mungkin penat jaga anak sahaja.
Menurut awak sekarang adakah saya perlu bekerja?
Saya tiada masa pun fikir tentang itu.
Awak pernah tanya saya anak saya sekolah dimana dan tanya itu ini bagaimana mahu transit dan itu saya tidak pernah terfikir langsung kerana saya tidak bekerja.
Kalau saya marah tentu saya beritahu itu sebabnya saya tidak bekerja, tetapi saya bantu jawab semua dengan berhemah bahawa anak saya tidak transit dimana mana saya yang jaga mereka sendiri.
Kemudian awak tanya itu ini mengenai sekolah, saya tetap balas dengan baik dan share bagaimana mahu masuk ke sana.
Hari ini awak masih tanya saya hantar anak mengaji ke?
Juga saya jawab tidak kerana saya yang mengajar mereka.
Saya pernah hantar mereka ke kelas mengaji atau kursus jika perlu juga tetapi saya akan pastikan dia mula mengaji dan kenal alif ba ta dari saya.
Video Anas mengaji di sini
Jadi disini walaupun kami diam kami pun masih ada perasaan wahai awakyang sibuk fikir kenapa kami tidak bekerja.
KEDUA
Helloooo mana awak tahu saya tiada sumber pendapatan?
Walaupuntidak la kaya raya, selagi orang makan masih la ada rezeki saya.
Saya berniaga dari rumah menjual ayam organik.
Kenapa ayam asalnya sebab anak saya yang ketiga ekzema.
Kedua peluang sebab masa itu masih belum ada orang jual ayam disekitar perumahan saya.
Ketiga permintaan tinggijugalah bagi peniaga kecil macam kita ni.
Keempat baru cari duit lebih / duit belanja anak makan.
Masa rajin sikit saya akan buat kek.
Masa raya saya jual bangkit cheese (fokus ini sahaja sebab ikut bajet sendiri lah, tak kan nak ikut bajet poket orang pula)
Boleh ke dengan bisnes kecil bantu suami.
Saya masih boleh isi minyak sendiri, masih boleh beli makanan ke mainan kalau anak minta, masih boleh beli hadiah kecil pada anak dan suami dan lain lain sama semasa saya bekerja. Tiada lebih dan kurang pun.
KETIGA
Penghargaan manusia memang tiada tetapi cukup lah penghargaan dari Allah dan ahli keluarga kot. Siapalah kita, manusia yang lemah dan mudah tersentuh.
Sekian,
Ini kisah saya dan emosi saya saat ini.
Sekarang masa saya move on. Kau tu move on lah.
Rubi Hambali a.k.a Kakobi
11.37pm
20 Dec 2018
Selepas beberapa tahun saya mendiamkan diri ini kali pertama saya menjawab persoalan kenapa saya berhenti bekerja dan mengambil keputusan drastik untuk menjadi surirumah sepenuh masa.
Sebagai manusia biasa sebenarnya saya amatlah tersinggung dengan kata kata anda yang bertanya seolah-olah kami yang menjadi surirumah ini tiada langsung pendapatan dan mungkin anda memperlekeh kami dengan sindiran atau mungkin pada anda ianya tidak menyingung perasaan kami.
"Eh, sayang lahhhh tak kerja"
"Laaa ramai je jurutera dekat tempat saya perempuan, ok je dorang"
Untuk kata kata diatas saya senyum sahaja. Terima kasih diatas komen anda yang saya tidak minta dan tidak dibayar tersebut.
Saya tidak sempat fikir untuk bekerja pun sebab semasa saya berhenti fokus saya memang pada anak dan keluarga saya sepenuhnya.
PERTAMA
Banyak sangat ke kerja jaga anak ni,
Pagi pagi saya akan sediakan sarapan dan bekal mereka untuk ke sekolah. Sementara dua anak yang bersekolah saya akan buat kerja rumah biasa macam ibu ibu lain juga masak, kemas rumah, basuh lipat baju, bla bla bla.
Kemudian kalau awak mungkin upah bas ambil anak awak, saya pula akan ambil sendiri anak saya dari sekolah dan tunggu anak depan sekolah.
Awak mungkin akan hantar anak ke taska atau transit anak dimana-mana kan sebab awak kerja, saya pula akan ambil mereka terus ke rumah dan pastikan mereka tidur dan makan petang bersama.
Awak mungkin akan berada dijalan raya pada jam 6, namun saya akan mengajar anak saya mengaji dan membuat kerja sekolah. Saya tidak hantar anak untuk tuisyen pun memang saya sahaja cikgu mereka.
Awak mungkin tiada masa dan penat selepas balik kerja, saya mungkin penat jaga anak sahaja.
Menurut awak sekarang adakah saya perlu bekerja?
Saya tiada masa pun fikir tentang itu.
Awak pernah tanya saya anak saya sekolah dimana dan tanya itu ini bagaimana mahu transit dan itu saya tidak pernah terfikir langsung kerana saya tidak bekerja.
Kalau saya marah tentu saya beritahu itu sebabnya saya tidak bekerja, tetapi saya bantu jawab semua dengan berhemah bahawa anak saya tidak transit dimana mana saya yang jaga mereka sendiri.
Kemudian awak tanya itu ini mengenai sekolah, saya tetap balas dengan baik dan share bagaimana mahu masuk ke sana.
Hari ini awak masih tanya saya hantar anak mengaji ke?
Juga saya jawab tidak kerana saya yang mengajar mereka.
Saya pernah hantar mereka ke kelas mengaji atau kursus jika perlu juga tetapi saya akan pastikan dia mula mengaji dan kenal alif ba ta dari saya.
Video Anas mengaji di sini
Jadi disini walaupun kami diam kami pun masih ada perasaan wahai awak
KEDUA
Helloooo mana awak tahu saya tiada sumber pendapatan?
Walaupun
Saya berniaga dari rumah menjual ayam organik.
Kenapa ayam asalnya sebab anak saya yang ketiga ekzema.
Kedua peluang sebab masa itu masih belum ada orang jual ayam disekitar perumahan saya.
Ketiga permintaan tinggi
Keempat baru cari duit lebih / duit belanja anak makan.
Masa rajin sikit saya akan buat kek.
Masa raya saya jual bangkit cheese (fokus ini sahaja sebab ikut bajet sendiri lah, tak kan nak ikut bajet poket orang pula)
Boleh ke dengan bisnes kecil bantu suami.
Saya masih boleh isi minyak sendiri, masih boleh beli makanan ke mainan kalau anak minta, masih boleh beli hadiah kecil pada anak dan suami dan lain lain sama semasa saya bekerja. Tiada lebih dan kurang pun.
KETIGA
Penghargaan manusia memang tiada tetapi cukup lah penghargaan dari Allah dan ahli keluarga kot. Siapalah kita, manusia yang lemah dan mudah tersentuh.
Sekian,
Ini kisah saya dan emosi saya saat ini.
Sekarang masa saya move on. Kau tu move on lah.
Rubi Hambali a.k.a Kakobi
11.37pm
20 Dec 2018
Comments
Post a Comment