Proudly mom of 5! (Boboiboy KUASA 5)

Saya besarkan mereka bukan mudah, sebab itu saya dan suami perlukan ruang yang luas buat mereka. Kami tidak memilih kawasan bandar dan kalau boleh mahu tinggal di kampung yang boleh jalan kaki pergi sungai memancing, boleh main guli, baling selipar, boleh main tanah main hujan tanpa halangan.

Saya tinggal berasingan dari keluarga kerana saya suka suasana anak yang riuh dan mereka bermain seronok dirumah yang tanpa TV.

Saya memilih perniagaan sejak dari 2010 lagi, saya adalah calon akhir penerima scholarship PUNB waktu itu. Cumanya disebabkan saya mengandung mereka tidak boleh benarkan saya sertai program kerana bimbang kesihatan saya terganggu.

Saya pernah bekerja semula pada 2011 berbekal ilmu sebagai Jurutera Teknikal pada 2009. Pengalaman memudahkan saya biarpun hanya saya perempuan dalam department saya ketika itu. Saya ingat lagi semasa interview mereka soal saya tahu baca drawing saya hanya gelak sahaja didalam hati. Saya memang tidak pandai berbahasa Inggeris sangat (pernah dengar juga ada kata pelajar Malaysia biasa tidak dapat kerja kerana tidak boleh bertutur bahasa Inggeris kan saya buktikan ianya salah).

Saya mula bekerja sebelum saya memiliki segulung Ijazah (graduasi). Apabila interview saya beritahu GM bahawa saya adalah student manufacturing dan saya tahu semua manufacturing process and material of products dengan baik. Dia kata jom ikut saya ke kilang. Dan GM tunjuk satu mesin dia tanya tanpa tengok SOP ini process apa. Saya beritahu Extrusion. (Extrusion is a continuous process through which parts of a fixed cross-sectional profile are made.) Saya hanya datang interview sebagai Draugh Person sebenarnya. Di akhir perbualan saya GM kata "saya suka awak walaupun awak tidak pandai berbahasa Inggeris". Saya balik Nilai semasa exam akhir, semata masa untuk datang interview ini. Terkejutnya selepas paper exam terakhir saya dapat call dari company ini dan ditawarkan sebagai Junior Engineer. Kan saya kata Allah lihat kesungguhan bukan pointer pun, saya belum dapat result pun.

Apabila saya buat keputusan untuk berkahwin saya risau saya boleh ke jaga anak anak dan agaknya bagaimana perasaan ada anak anak. Saya buat keputusan untuk berhenti dari kilang tersebut dan buat keputusan bekerja sebagai seorang guru di atas bukit dia daerah Rembah, Maahad As Sofa. Disini saya tidak datang mengajar tetapi saya yang diajar. Saya sukar bercakap kan jadi mengeletar tangan kaki jika mahu mula bercakap. Lama lama bila makin selesa baru saya boleh bercakap dengan baik. Saya berkawan dengan anak murid saya sebab mereka beza dalam 10 tahun macam itu sahaja, dan yang tingkatan 4 dan 5 dan macam sebaya.

Saya lakukan dengan penuh tanggungjawab walaupun saya bukan dari aliran pendidikan. Disebabkan cabarannya perlu mengajar di dalam Bahasa Inggeris jadi saya banyak merujuk pemilihan perkataan dengan Cikgu Nur Afiqah Ab Latif. Gaji kami lagi kecil lari mana mana guru di sekolah biasa dan kami hidup sangat lah biasa tetapi saya masih mampu berikan mereka hadiah jika meningkat dan usaha untuk belajar. Kenaikan mereka dari D ke C pun saya berikan.

Apabila saya ada anak anak saya memang ada terfikir ingin bekerja tetapi lama lama kerja itu sendiri buat saya lupakan mereka sedangkan tujuan kerja adalah utamakan keluarga.
Dan saya sangat penat biarpun hanya anak dua, walaupun saya punya office 15 minit sahaja jarak. Suami yang kerja jauh sedikit di KL. Jika ada audit balik lambat terpaksa call pengasuh dan suami minta balik awal. Kasihan pula. Balik berkejaran balik beli lauk bagai terus lena tidak sempat pun main dengan anak anak.

Sekali lagi pada Ogos 2013 saya melepaskan jawatan Jurutera dan kuburkan semua impian saya demi membesarkan anak anak saya. Saya ada lakukan perniagaan secara dropship dan pernah juga sebagai pembantu jualan (di sebuah kedai bayi). Tetapi saya diberhentikan kerana degil la mungkin hihi.

Saya berpindah ke Nilai semasa MH370 terhempas, bertugas sebagai guru ganti. Sekejap sahaja sebab saya memang susah hati tinggal anak anak. Hanya tunggu bersalin pada 2015 terus berpindah tetap di Lenggeng.

Saya besarkan mereka dengan kesederhanaan. Tiada sofa tiada TV siaran astro pun zaman itu. Apa yang saya buat adalah mengajar anak mengaji tanpa fikir apa apa lagi. Ajar kerana itu sahaja ilmu saya ada sebagai ibu.

Ok lah cukup dahulu menulis, penat pula menaip sebab sudah lama sangat tidak bekerja, sampaikan papan kekunci seperti mencucuk jari jemari.

Terima kasih sudi baca.
Rubi Hambali

Comments

Popular posts from this blog

Big Why? Why?

8 Reasons Lavender Oil is Still Our Favorite | Lavender Oil Uses

Anas kena attach lagi! Cemas